RESEPI : BISTIK TELUR

View previous topic View next topic Go down

RESEPI : BISTIK TELUR

Post  zaini on Mon Sep 15, 2008 1:44 am

BISTIK TELUR - (KAK MAH)

Bahan-bahan :

10 biji telur - direbus & kupas kulitnya
1 kg daging cincang - dicuci & toskan airnya
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada sulah (jenis biji) - kalau serbuk 1 sudu teh
garam - secukup rasa
gula - semanis bahasa (kata Kak Mah)
2 sudu besar tepung jagung @ tepung kanji/ubi

Cara Membuatnya:

1. Tumbukkan lada sulah hingga hancur/halus, diikuti dengan halia dan bawang putih.
2. Ambil bahan yg telah ditumbuk tu dan gaulkan bersama daging...kemudian masukkan garam secukup rasa & gula semanis bahasa...
3. Campurkan tepung jagung untuk bagi daging tu melekat...kalau guna daging cincang buatan sendiri tak perlu campurkan tepung jagung ...gaul rata dan perapkan seketika...biarkan adunan mesra
4. Bahagikan daging yang telah diperap kepada 10 bahagian
5. Ambil sebiji telur rebus yg telah dikupas kulitnya...dan salutkan/dibungkuskan telur tersebut dengan 1 bahagian adunan daging tu...lakukan perkara yg sama sehingga habis...
6. Panaskan minyak didalam kuali...gorengkan telur yg telah dibungkus...balik-balikkan seketika...supaya masak rata...bila dah masak rata bolehlah diangkat...

Bahan-Bahan untuk Sos :

1-2 biji Cili Merah (tak ada...cili hijau pun boleh) - potong serong
1/2 - 1 labu bawang besar - dimayang
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
2 - 3 sudu besar Sos cili
3 - 4 sudu besar Sos Tomato
Garam
Gula
Bawang besar - potong memanjang (kalau bawang tu tak besar sangat bolehlah dibelah 4 sahaja)
Kacang peas

Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dlm periuk/kuali @ apa2 ajer...tumiskan rempah 4 sekawan...biarkan hingga garing sikit
2. Masukkan bawang besar yg telah dimayang...kacau dan goreng hingga bawang kekuning-kuningan
3. Bila bawang dah garing masukkan cili merah, cili sos & tomato sos...kacau rata...
4. Masukkan pula sedikit air dan juga bancuhan air tepung jagung...kacau rata dan tengok kepekatannya...kalau pekat sangat tambahkan sedikit air lagi...
5. Masukkan garam secukup rasa dan gula semanis bahasa...rasakan masam, masin dan manisnya...ikut citarasa sendiri...kalau apa yg tak kena tu pandai-pandailah nak menambahnya...
6. Biarkan masakan mereneh seketika...bila sos dah cukup masak...masukkan telur bungkus yg telah siap digoreng itu dan siramkan sos ke atasnya...supaya mesra...
7. Sambil-sambil tu masukkan bawang besar yg telah dipotong/belah memanjang dan juga kacang peas...dan biarkan layu seketika...kalau ada tomato bolehlah dibelah-belah dan masukkan juga...
8. Bila semuanya sudah sebati/mesra bolehlah diangkat dan telur bungkus tu bolehlah dibelah 2 dan dihidangkan...
avatar
zaini

Female Number of posts : 10
Age : 47
Location : Wisma Celcom, PJ
Registration date : 2008-09-05

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum